Manik, manik dan manik .....

it's all about beads....

Sayang Selasih

gambar penuh hasil tangan saya yang tak seberapa. namanya, Sayang Selasih.. Tak ada kena mengena langsung sebenarnya, cuma saya minat dengan nama tu. Klasik gitu...

apa-apa pun, enjoy!



leher dan hujung tangan...


bucu kain.. ( pun nak jugak... )

Baju baru saya....

Saya dah jahit baju baru.... kain ni sebenarnya saya belikan untuk darling saya tahun lepas, tapi sebab tak tahu baju melayu rupanya kena ada 5 meter, jadi, dengan segala hormatnya kain ni jadi hak saya. darling saya beli sendiri apa yg dia suka. tapi tahun ni saya hadiahkan dia baju melayu ( ....err.. yang, mahal laa... leh claim balik tak? errr? lepas kawin baru leh claim? tak kisah laaa asalkan boleh claim)

jadi, di bawah ni adalah aktiviti saya pada 22 November 2009. hik hik..


bentang kain seluas-luasnya


gunting ni makan kaki kalau pijak...


dah siap cantum pesak, kekek dan tangan... nak cantum ke badan baju jerr... tapi nak kena tebuk lubang leher dulu.. malas giler bila sampai part ni.

lubang leher dah tebuk, badan baju dah siap sambung dgn pesak, masa menconteng kain


konon-kononnya dah puas hati lah ni.. jom mula jahit manik

buat sikit sikit... bagi nampak rupa


tambah batu untuk jadikan 'pendant'. sebenarnya nak bagi nampak labuh, sebabnya, saya bertudung, jadi kena 'sedikit over' supaya nampak bila pakai tudung nanti...


close up 'pendant'. renyah juga walaupun agak menarik.


close up curl


sekian dulu hasil tangan org yang baru nak memanik nih.....

jumpa lagi nanti....

saya buat ........


errr.... ni bunga kat hujung tangan baju saya. tak siap lagi masa ni..


ni baju kawan office saya, niza.... last minute nyer kerja.
lagi 3 hari nak raya baru dia antar.. kelam kabut juga.


close up kat tangan.

baju kawan office juga. dia nak simple jer... saya tak pandai sgt, tapi dia puas hati. thanks emi.

ni masa saya tgh belajar nak buat mcm sifoo pepari buat. dia punya jahitan 100x lagi tersusun dan kemas dari jahitan saya.

ini versi dah siap. tak kemas juga.... macam mana yerr??


baju ni dah lama dah. masa tu tengah 'hot' kain benang hitam. mak saya yang belikan kain ni.
saya suka sangat kain ni. pastu saya jahit sendiri sebelum balik kl.
jauh dari mak abah. cepat bosan.


baju ni pun sama. masa duk jauh dari mak abah. psst... merah u.



baju ni pun sama. antara baju-baju awal yang jadi mangsa saya untuk menjahit.


asalnya baju ni nak buat manik beriring jerr... pastu tengok kosong jerrr, housemate suggest tambah manik tabur. tapi disebabkan time tu gaji pun cukup makan jer, manik tabur pun dah macam manik campak ( sebab jarang-jarang )

sutera biru ni jahit sama benang hitam kaler purple kat atas. design sama, sebab masa tu tak pandai lagi nak cari sumber ilham.

Entry yang pertama!

Salam semua.... hello!

nama saya Sha. Saya minat sangat sangat dengan manik. apa saja design manik, saya suka nak belajar. disebabkan tak berapa nak 'kaya', saya lebih senang belajar dengan cara tengok design otai beaders yang mmg hebat giler. link diorang akan saya add sikit masa lagi.

kemudian, belajar la perlahan-lahan. mengikut masa sendiri. Saya ni dah kerja. Jadi, mengadap manik bila balik dari office lah.

ok. Saya ni baru sangat nak serious dengan manik. jadi, ada lah sikit hasil tangan saya yang tak hebat mana pun. entry-level-beader ( errr... layak ke jadi beader ni? ) kalau rasa tak lawa, maafkan saya yerr.. baru nak mula... teguran kawan-kawan semua saya harap sgt..

sekian... terima kasih