Manik, manik dan manik .....

it's all about beads....

Baju baru saya....

Saya dah jahit baju baru.... kain ni sebenarnya saya belikan untuk darling saya tahun lepas, tapi sebab tak tahu baju melayu rupanya kena ada 5 meter, jadi, dengan segala hormatnya kain ni jadi hak saya. darling saya beli sendiri apa yg dia suka. tapi tahun ni saya hadiahkan dia baju melayu ( ....err.. yang, mahal laa... leh claim balik tak? errr? lepas kawin baru leh claim? tak kisah laaa asalkan boleh claim)

jadi, di bawah ni adalah aktiviti saya pada 22 November 2009. hik hik..


bentang kain seluas-luasnya


gunting ni makan kaki kalau pijak...


dah siap cantum pesak, kekek dan tangan... nak cantum ke badan baju jerr... tapi nak kena tebuk lubang leher dulu.. malas giler bila sampai part ni.

lubang leher dah tebuk, badan baju dah siap sambung dgn pesak, masa menconteng kain


konon-kononnya dah puas hati lah ni.. jom mula jahit manik

buat sikit sikit... bagi nampak rupa


tambah batu untuk jadikan 'pendant'. sebenarnya nak bagi nampak labuh, sebabnya, saya bertudung, jadi kena 'sedikit over' supaya nampak bila pakai tudung nanti...


close up 'pendant'. renyah juga walaupun agak menarik.


close up curl


sekian dulu hasil tangan org yang baru nak memanik nih.....

jumpa lagi nanti....

1 comments:

Salam Sha,
Salam bermanik...
Cantik juga koleksi Sha...
Projek yang latest ni pun cantik sangat...
Saya pun belum pernah buat macam tu cantik...
Semoga berjaya dalam bidang ni...
Keep on beading
Jemputla ke rumah saya juga...
TQ.

November 27, 2009 at 8:13 PM  

Post a Comment